FAMILY :D

azam tahun baru^^??

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO PEOPLE^^..

hatchum -,-'''
perhhh..bnyak gila sawang kat blog aq niee -,-'''
hahahahah^^...k forget about sawang tuu -,-''
hari nieee aq nak story pasai
AZAM TAHUN BARU^^...
apa azam korang horh???
azama aq??
DGN INI SAYA BERAZAM UNTUK JADI SEORANG YANG RAJIN,AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH,AKAN MENDENGAR CKP IBU BAPA AND GURU-GURU,AKAN DIET (:P) AND ERMMM AND BNYAK LAGI...
ahahahaa..bnyakkn azam aq...tapi msti x semua tuu aq akan buat -,-'''
huhuhu...
chawwww dulu..nak p kemas blog^^...
hohoho^^

lama lorhh x update -,-''

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO>>HELLO>>HELLO THERE^^..

wiwit^^...apa habaq semua..lama jgk laa noh aq x update blog nieee -,-''..dah jdi tempat labah2 bertenggek..
ehhh ehhh...spiderman pown bt sarang kat sini^^.. (owkey aq tipu -,-'')..
weyhh..weyhh..weyhh..cuti skolah dah nak habih nohhh..(mmg pown -,-'')..tinggai lagi seminggu jaa lagi dah nak buka skolah -,-''
weyhh...weyhh..weyhh...masa cuti skolah kann..kan..kan..aq ada kerja hampa nak taw dakk(x mau taw saja aq nak habaq)...aq kerja kat pasaq malam^^...besttt oo kerja kat pasaq malam^^..boss aq baikk sgt^^...hahahahah..diaaa dah tuuaa tapi prangai dia mcm
REMAJA .....hehehe^^..dia sekepala dgn aq and sepupu aq...masa kerja tuu kann..aq dapat tgk bermacamMACAM gelagat manusia^^...ada prangai mcm tuuu..ada pranagai mcm nieee -,-''..tapi bnda yg x bole aq lupa skali ialah kenangan berniaga di NAKA,KEDAH...area siam jgk arrr kat situu...nak dijadikan cerita satu malam tuuu..ada sorang amoi mai beli kat kedai tokei aq nieee..dia mintak ayaq^^...aq pown boh arrr ayaq kat diaa...masa diaaa nak bayaq duit tuuu... aq kenyip mata kat diaa...dia sengeh mcm kerang busuk ampa nak taw dakk...nampak arr GIGI diaa....nerrrrhhhh -,-''...muka lawa tapi GIGI depan pown X ADA^^...kehkehkeh^^..
mmg best arrr kerja kat pasaq malam^^..

CERITA KAT ATAIH TUU BUKAN NAK MENGATA SESIAPA CUMA AQ NAK CERITA KENANGAN YG PALING SYOK SAJA^^..
JGN MARAH^^..
<3<3<3

ibu!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO THERE^^...

malam nieee aq nak bt entry about IBU!!!!!



❤*❤* (¯`v´¯)AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU.¸•*¨¨*•.¸¸❤


Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan…
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…

SUPERHERO?? :P

ASSALAMUALAIKUM...
HELLO THERE^^...

cuba hanpa teka kalau superhero x jadi superhero (pelik bunyinya -,-'')
apa yang akan terjadi??


Jika mereka tidak jadi Superhero?
SUPERMAN 
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS. 

SPIDERMAN 
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.

ceritaaa time^^..

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO THERE^^..

hari nieee ceq nak bagi hampa semua baca cerita lawak^^...
hahahahahhaa...hampa nak baca kaa x mau??
nak!!!!!
owkey^^^.....hampa layan nohh ceritaa niee^^^...



Kalau sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas. Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya. 

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. Sudah sampai Ipoh belom 

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun! Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. Oh sudah sampai ya! lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... Bukankah kamu hendak turun di Ipoh tanya pemandu kebingungan.

Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!

paksa :(

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO THERE^^..

DIPAKSA or TERPAKSA...korang mmg x suka kan??aq lagi laaaa x suka^^...
kita x bole memaksa org untuk mengikut pandangan dan telunjuk kita sbb semua org ada background yang berlainanKAN??
jadi apa guna jika kita paksa org jika hati org tu x rela^^..

*people might force you to join them..
but let them know they cant change your stand^^.

fakta :D

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO THERE :D..
fakta mengenai lelaki =.=

1)Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2)Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3)Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4)Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5)"Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6)Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7)Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8)Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9)Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10)Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11)Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12)Lelaki juga boleh menangis!
13)Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14)Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15)Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16)Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17)Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18)Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19)Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20)Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi 
21)Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
22)Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
23)Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
24)Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
25)Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
26)Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. 27)Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
28)Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
29)Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
30)Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
31)Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
32)Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
33)Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
34)Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
35)Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
36)Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
37)Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
38)Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
39)Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
40)Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

hikkhokkk..:D

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO TEHER :)..


yoyoyoyoyo..
nak main yoyo..:P
nie ceq nak bagi nasihat sikit niee...
hampa baca yew nasihat niee :D..



Kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas♥

Bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut... exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas ♥

So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas♥ ♥ ♥ Alhamdulillah..الْحَمْدُ لِلَّهِ

sedih punya crita^^..:P

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO THRE^^...

oitt..hari nie aq nak kongsi satu cerita^^...
korang baca and hayati erkk..
crita tentang
COUPLE...
GF : Awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : Cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai , cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : Maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak bagi semua tu kat awak . saya tak berharta awak ... ...
GF : Awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah cukup pada saya .. percayalah ..
BF : Tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama macam kawan2 awak ?
GF : Awak ... maaf .
BF : Tak apa la . =]

( Suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )

Selepas beberapa minggu ..
GF telah sedar dan telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum GF pulang .

♥ Sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak mampu menjadi seorang kekasih yang terbaik pada awak . saya tidak mampu berikan kemewahan pada awak . saya tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan saya . sayang , hari ini awak melihat dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya ini mampu saya berikan pada awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak jaga diri awak . dengan mata ini nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan menyayangi dan akan memberikan segala yang awak mahukan . Maafkan saya . ♥ ♥ ♥

O.o..

ASSALAMUALAIKUM..
HELLO THERE^^...


tadi saja melilau kat fb,,,
and terjumpa sebuah ayat  niee...
best laa jgk ayat nieee...
korang layan yew :)...
KALAU BENAR SAYANGKAN SESEORAN ITU.

GIRL : awak, saye nak bg tahu awk sesuatu.. 
BOY : ye syg,ape die ckp lah.
GIRL : Ex saya datang balik nakkan saya. Huwmm..
BOY : ouh.. Awak masih dia ke syg?
GIRL : Ermm.. Entah. Awk rasa??
BOY : kalau awk masih sygkn dia syg, awak pergi lah pada dia.
GIRL : Awak tak tak cemburu ke ? Awak tak marah?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa sye nak marah awak syg. Mungkin dia boleh jaga awak dengan sempurna. Saya tahu kalau betul awk sygkan saya sayang, awak takan Biarkan orang lain rampas awak dari saya. (tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) syg, saya tak inginkan yang lain, saya janji cinta saya hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)

kesimpulannya.
Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki, kerana ianya akan pendam sehingga menitiskan air mata. Air mata bg lelaki amat bermakna, tp ianya akan tewas jika hatinya diluka
.

read dah arrr :P..

ASSALAMUALAIKUM...
HELLO THERE :D...


perhhh...lama doe aq x update blog...
bukan pew...internet kena potong doe...
now bill aq dah bayar so kita enjoy :D...
errr....4 bloggers yg dah follow aq and aq x follow korang balik..SORRY SGT2....
nnty aq follow korang balik taw :D..
haaa... nie aq nak kongsi 1 cerita...
korang baca dahh arrr :D....
budak2 yg lahir pd thn 80/90an, mesti ingat mase skola rendah dulu: -
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
* pakai...... pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
... * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap laptop, ipad, tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih ^_^

sorry dude :D..

oitttt bloggers :D..
sorry kalau saia x follow blog anda semua T_T..
saia x sempat meyh...huhuhuhuhu...
kalau saia ada masa nnty saia follow yew :D...